Belanjawan 2025: Kemaskini secara langsung bagi hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 hari ini. Kami akan memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan yang terangkum di dalamnya dan membawakan kemaskini semasa di sini.
Antara topik yang dijangka akan disentuh ialah penyelarasan semula subsidi petrol RON 95, yang masih ditunggu perkembangan terbaru pelaksanaannya dan adakah ia akan sama seperti pendekatan ke atas diesel Jun lalu. Ini perkara paling utama.
Ada juga penganalisa yang membayangkan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan ada kemungkinan itu berlaku bagi memperluaskan hasil cukai negara. Namun PM menegaskan tidak ada juga perancangan untuk pelaksanaan semula cukai tersebut dalam masa terdekat.
Juga kemungkinan pengumuman berkaitan Cukai Barangan Mewah (HVGT), walaupun masih belum diketahui perinciannya secara tepat. Sebelum ini, cukai berkenaan sepatutnya mula dilaksanakan Mei lalu dengan had RM200,000 untuk kereta dengan kadar antara 5%-10%, namun itu ditangguhkan.
Ikuti kemaskini secara langsung Belanjawan 2025 di sini.
Senarai perkara terbabit adalah seperti berikut:
- Kerajaan bakal melaksanakan subisidi bersasar bagi RON95 menjelang pertengahan 2025 dan tidak akan memberi kesan kepada 85% warga Malaysia. Pelaksanaan ini akan menjimatkan RM8 bilion perbelanjaan negara, dan kerajaan masih akan menanggung RM12 bilion subsidi bahan api itu.
Subsidi bersasar RON95
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.





